Sunrays

Blogger Template by ThemeLib.com

Terbinanya sebuah MASJID

Published by kamal ghazali under on 12/25/2009 11:55:00 pm

10 & 11hb Disember 2009
Adalah tarikh keramat buat pasangan Nazelin Zamani dan abangku, Muhammad Shahrul Azizi Ghazali di mana mereka di satukan setelah hampir enam tahun mengenali hati budi masing2. Di hari yang penuh keceriaan ini, jelas terpancar kegembiraan dari raut wajah abangku...yang tak dapat di jelaskan dengan kata, mungkin seri pengantin agaknya ye?

Even semester ini aku dibelenggu dengan lab report, assignment dan medical sercive di segenap Malaysia...aku usaha gak untuk mengabadikan hari bersejarah mereka dalam blog yang xseberapa ni,huhu.

KEHILANGAN...
amat dirasakan lebih2 lagi ketika peristiwa besar seperti ini berlangsung namun aku hanya redha ke hadratNYA. Aku pasti arwah abah pasti gembira untuk menyambut seorang lagi ahli keluarga, arwah sendiri pun sudah merestui hubungan mereka...alhamdulillah.

PENGAPIT?
permintaan izi ini buat aku agak gelabah pada mulanya sebab xtau pun apa yang perlu di buat tapi...redah sajelah,huhu :D
dan akhirnya,majlis tetap berjalan dengan lancar...alhamdulillah.

Nazelin Zamani...
a.k.a kak lin adalah ahli baru keluarga kami dan bagi aku beliau seorang yang baik, no wonderla izi minat kn,hoho. Kamal harap jodoh izi dan kak lin kekal ke akhir hayat dan sebagai pasangan suami isteri...hendaklah saling memahami kerana persefahaman itu penting dalam membina keluarga yang bahagia. Tak lupa, binalah keluarga dengan asas yang telah ISLAM anjurkan buat umatnya kerana islam itu mengajar kita panduan terbaik untuk berjaya di dunia dan di akhirat.
Insyaallah...

~kamal ghazali~ 00:20 26/12/2009