Sunrays

Blogger Template by ThemeLib.com

Terbelenggu dengan kesibukan...moga ianya satu manfaat

Published by kamal ghazali under on 12/26/2010 02:19:00 am




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh...entry kali ini adalah sekadar untuk berkongsi apa yang telah saya lakukan sepanjang 'menyepi' selama ini. Bukanlah projek/program mega namun hanyalah program-program biasa sahaja tetapi amat memberi kesan yang mendalam buat diri ini.

Banyak yang dapat dipelajari sepanjang mengendalikan program-program tersebut...dimana sesebuah program yang mendambakan kekuatan ukhuwah dan kesatuan hati-hati. Pelbagai dugaa dan rintangan telah ditempuhi untuk menjayakan sesebuah program namun atas berkat kesabaran dan pengorbanan...syukur semuanya berjalan lancar.

Program pertama:

Jogging with Collaboration Atheletic Club

  • program yang di adakan di perkarangan Stadium Shah Alam, Seksyen 13
  • berkolaborasi dengan Atheletic Club MSU
  • cadangan asal jogging ukhuwah ini akan diadakan 2 minggu sekali namun atas faktor yang tidak dapat dielakkan, hanya sekali program ini berjalan

Program Kedua:

PMIMSU Bowling Competition 1

  • diadakan pada 23 Julai 2010
  • alhamdulillah, program yang dijalankan di Megalane, Plaza Alam Sentral Shah Alam ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan
  • mendapat penyertaan dari 15 lane...=15 group (4 person/group)
  • pengurusan dalam registration agak kelam kabut,amat dikesali
  • sedikit beruntung kerana dapat meraih tempat pertama bagi kategori muslimin berkumpulan serta 3rd place for best bowler kategori muslimin

Program Ketiga:

Ta'aruf Day PMIMSU

  • berlangsung pada 8 Disember 2010
  • diberi tugas untuk mengendalikan bahagian promosi
  • banner ini dibuat dalam masa sejam, agak kelam-kabut kerana sebelah petangnya terpaksa ke majlis walimah kakak kepada lecturer
  • kehadiran agak memuaskan, alhamdulillah

Program Keempat:

Riadah: Futsal
  • dijalankan pada 11 Disember 2010 bertempat di Extreme Park, Seksyen 13
  • aktiviti yang paling ditunggu-tunggu, untuk berfutsalan bersama ahli
  • kehadiran muslimat melebihi jangkaan, agak memeranjatkan
  • amat menyeronokkan!

Program Kelima:

PMIMSU Bowling Competition 2
  • diadakan pada 20 Disember 2010
  • jumlah penyertaan menyamai PMIMSU Bowling Competition 1=15 group
  • program kali ini agak bermasalah terutamanya dengan pihak pengurusan bowling kerana kegagalan peserta hadir tepat pada waktunya
  • namun alhamdulillah tetap berjalan dengan lancar akhirnya
  • prestasi sedikit down, meraih tempat ke 2 untuk kategori muslimin berkumpulan
  • masih kekal di tempat ketiga untuk best bowler muslimin namun kali ini tiada lagi hadiah...huhu

Cadangan Program akan datang:
  1. MSU & PTPL Sports Carnival 2011
  2. Teater
Kedua-dua cadangan program ini masih di peringkat awal, proposal telah dihantar kepada Student Career Development MSU (SCD)...program pertama dianggarkan berjalan pada 15 February 2011 manakala program kedua dijangka berlangsung pada keesokan harinya, 16 February 2011.

MSU & PTPL Sports Carnival 2011 dijangka mampu menarik sebanyak 300 hingga 400 penyertaan dan akan dilangsungkan di Pusat Sukan MSU. Antara cadangan sukan yang akan dipertandingkan ialah street soccer, basketball, netball dan pingpong. Sekiranya mendapat permintaan, acara-acara seperti badminon dan lain-lain akan dipertimbangkan.

Teater dijangka mampu menarik 500 orang penonton. Dengan kehadiran orang seni MSU yang berpengalaman mencipta skrip...teater islamik ini diharap mampu memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara hidup yang sebenarnya sebagai seorang umat Islam juga sebagai seorang pelajar.




Diharap kedua-dua program ini mendapat kelulusan dari pihak Dato' dan menjadi program terakhir diri ini sepanjang bergiat dalam PMIMSU sebelum mengundur diri pada bulan Mac nanti, insyaallah.

Alangkah pantasnya masa berlalu, dalam tak sedar diri ini sudah berada di semester terakhir pengajian...selepas ini, tiada lagi kelas teori, praktikal pula menanti. Agak gementar sebenarnya, entah dapat entah tidak permohonan yang telah dibuat untuk berpraktikal di kampung halaman...sama-sama doakan.


Mengapa Perlu COUPLE?

Published by kamal ghazali under on 12/25/2010 08:52:00 pm



Dah lama tinggalkan blog ni...bukanlah tiada kesempatan utk update namun setiap kali ingin berbuat demikian akan datang pelbagai masalah/urusan lain yang membuatkan diri ini terpaksa menangguhkan niat buat sementara waktu dan kali ni kesempatan telah diberikan untuk kembali mencoretkan sepatah dua kata.
Syukur alhamdulillah diri ini masih dikurniakan nikmat yang besar iaitu nikmat Islam, nikmat iman dan nikmat kesihatan yang baik. Alangkah beruntungnya kita kerana ramai di luar sana yang tidak terpilih untuk memperoleh nikmat-nikmat tersebut, malahan adapun yang telah memperoleh nikmat-nikmat tersebut namun dek kerana iman yang tipis dan rapuh telah menjerumuskan diri jauh tersimpang dari ajaran Islam sehingga sanggup mendekati perkara-perkara terkutuk yang di murkai Allah s.w.t.
Sedikit terkilan setelah mengunjungi blog tuan presiden PMIMSU, http://mohasha.blogspot.com/2010/12/saya-berrtambah-yakin-bila-saya-mengaku.html yang mana mereka secara terang-terangan mengaku telah tersimpang jauh dari ajaran Islam namun tiada sekelumit kekesalan terpancar bahkan bangga dan bertambah yakin bila mengaku sebagai seorang GAY...nauzubillahi min zalik.
Ketika masih di bangku sekolah, kes-kes seperti ini jarang kedengaran namun setelah melalui zaman IPT...macam-macam kita boleh jumpa. Kalau zaman sekolah dah famous dengan cinta monyet tapi zaman IPT ni ternyata lebih dahsyat, seakan tak percaya orang yang dianggap mempunyai ilmu agama yang cukup tetap tersungkur dek penangan insan bergelar WANITA.

Dari kalangan pemimpin sesebuah persatuan Islam pun tetap tak terkecuali...ber'COUPLE', keluar dengan pasangan bukan muhrim, ber'GAYUT' telefon dengan pasangan sampai tak mengira waktu. Kononnya cinta Islamik, agar dijadikan ikutan bagi pelajar-pelajar lain. Tak sedarkah diri kita ni pemimpin? Sudah lumrah pemimpin pasti akan sentiasa diperhatikan.
Sedarlah matlamat tidak menghalalkan cara, sudah ketetapan berCOUPLE itu haram...Islamik atau tidak maka hukumnya tetap H.A.R.A.M. Sebagaimana Islam telah mengharamkan seluruh perbuatan yang dapat membawa kepada haram dengan cara-cara yang nampak, maka begitu juga halnya dengan berbuat haram dengan cara-cara yang tidak begitu jelas dan siasat Syaitan (iaitu yang tidak nampak).
Rasulullah pernah mencela orang-orang Yahudi yang membuat suatu kebijakan untuk menghalalkan perbuatan yang dilarang (haram).

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan-larangan Allah walaupun dengan siasat yang paling kecil".

Mengapa perlu COUPLE? Ada yang cakap mereka couple sebab inginkan perhatian dari orang yang tersayang, ada yang beralasan untuk membangkitkan semangat untuk stadi, lebih parah...ada yang bercouple hanya untuk merasakan keseronokan dunia.

Kalau anda pernah menghadiri/tengok video kuliah Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias...mereka pernah menekankan berkaitan cinta-cinta ni. Kalau dah berkenan nak jadikan calon isteri, pergi ke rumah si dia dan nyatakan hasrat pada kedua ibu bapanya. Mudah kan? Tapi ingat, pastikan diri kita dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami terlebih dahulu sebelum praktikkan langkah-langkah di atas :D

Bagi yang tak pernah berpeluang mengikuti kuliah dari ustaz-ustaz hebat ni, di sini saya attach video dari Ustaz Azhar Idrus...semoga beroleh manfaat, insyaallah.




video

Peristiwa Agung, Israk wal Mikraj...

Published by kamal ghazali under on 7/19/2010 04:06:00 pm




Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat Rasul junjungan, serta buat ahli keluarga dan para sahabat baginda. Berlalu sudah bulan Rejab meninggalkan kita dan menjengah pula bulan Syaaban, tak sampai sebulan lagi bulan Ramadhan pula akan tiba. Di kesempatan ini, syukur alhamdulillah dirafakkan kerana kita masih mampu meneruskan kehidupan kita dengan bertuhankan Allah Yang Satu dan insyaallah dipertemukan kembali dengan bulan Ramadhan, yang menjadi kerinduan buat muslimin dan muslimat semua.


Jika bulan Ramadhan dikenali dengan Nuzul Quran, bulan Syaaban dengan Nisfu Syaaban...saya ingin berkongsi sedikit bersama sahabat-sahabat tentang bulan Rejab iaitu Israk dan Mikraj. Dua hari yang lepas, saya ada menyertai satu talkshow yang bertajuk, "Mengungkap Rahsia Perjalanan Agung". Talkshow ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh seorang pensyarah dari Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) iaitu Ustaz Anhar bin Opir. Alhamdulillah, banyak pengisian diperoleh dari program tersebut.


Bercakap mengenai Israk dan Mikraj, disini saya ingin kongsi serba sedikit tentang peristiwa agung ini. Bahan ini saya peroleh dari satu laman web. Di harap memberi manfaat buat semua, insyaallah.


1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:


i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah. ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah; iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.


Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.


3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.


ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.


iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S.
iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.


iv. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.


v. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH".

Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).


vi. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.


vii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.


vii. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati.

Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.


4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.


5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.


Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.


Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..