Sunrays

Blogger Template by ThemeLib.com

Manusia itu...dan anak-anak buahku

Published by kamal ghazali under on 1/22/2010 06:02:00 pm

Entry kali ini adalah berkaitan dengan manusia, makhluk yang diciptakan untuk beribadat dan mengabdikan diri buat Allah serta memakmurkan bumi. Manusia ditugaskan untuk menjadi khalifah di bumi ini kerana mereka mempunyai keistimewaan yang tidak ada pada makhluk lain. Sebenarnya entry ini dibuat untuk memperkenalkan dan berkongsi maklumat tentang anak-anak buahku buat semua, namun ada baiknya jika diselit sedikit ilmu tentang manusia itu sendiri…mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari apa yang disampaikan, insyaallah.

Homo sapiens yang merujuk kepada manusia, ialah spesies primat dari golongan mamalia yang dilengkapi otak berkemampuan tinggi. Dari segi biologi, lelaki mempunyai 46 pasang kromosom termasuk XY berbeza dengan perempuan yang mempunyai kromosom XX tetapi masih juga mengekalkan jumlah kromosom yang sama. Dari segi Islam, manusia ialah makhluk yang tidak sempurna…oleh dengan itulah Al-Quran diturunkan dengan tujuan memberi petunjuk kepada manusia agar berusaha mendekati kesempurnaan itu sendiri untuk keharmonian manusia sejagat.

"Fitrah manusia apabila bekerja, dia mengharapkan hasil dan ganjaran. Maka seorang yang boleh mengambil Rasulullah s.a.w sebagai Qudwah Hasanah atau suri teladan yang baik, mengutamakan ganjaran Akhirat berbanding dunia. Tanpa Akhirat...kita lemah semangat untuk terus berbuat kebaikan tanpa mendapat sokongan, galakan dan pujian warga dunia.

Walhal kita lupa, Allah SWT yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang itu pun jarang disyukuri dan dihargai. Siapa sangatlah kita untuk mendapat pujian dari kebaikan yang dilakukan? Namun, sekecil-kecil kebaikan pun akan diperlihatkan dan diberikan balasan kebaikan pada sebuah kehidupan bernama Akhirat.

Jika ini menjadi pertimbangan kita, maka barulah kita boleh menghargai saranan Nabi s.a.w. agar mengalihkan kayu dari menyakiti pejalan kaki di jalanan, senyum dan salam kepada insan yang ditemui, dan pelbagai benda 'remeh temeh' dan kecil halus itu. Ia besar, bagi sebuah penilaian Akhirat." ~ Abu Saif.

Proses kejadian manusia adalah satu tanda daripada tanda kekuasaan Allah sebagai Pencipta. Manusia sering lupa akan asal usul kejadian mereka malahan ada yang sanggup membantah dan mempertikaikan hakikat kekuasaan Allah sebagaimana firman Allah yang berbunyi :




Berikut adalah proses kejadian manusia menurut Al-Quran:

Peringkat pertama
NUTFAH: iaitu peringkat pertama bermula selepas persenyawaan atau minggu pertama. Ianya bermula setelah berlakunya percampuran air mani.

Maksud firman Allah dalam surah al-Insan : 2
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami jadikan dia mendengar dan melihat "

Menurut Ibn Jurair al-Tabari, asal perkataan nutfah ialah nutf yang membawa ertinya air yang sedikit yang terdapat di dalam sesuatu bekas sama ada telaga, tabung dan sebagainya. Sementara perkataan amsyaj berasal daripada perkataan masyj yang bererti percampuran.
Berasaskan kepada makna perkataan tersebut, maksud ayat di atas ialah sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan manusia daripada air mani lelaki dan air mani perempuan.

Daripada nutfah inilah Allah menciptakan anggota-anggota yang berlainan, tingkahlaku yang berbeza serta menjadikan lelaki dan perempuan. Daripada nutfah lelaki akan terbentuknya saraf, tulang dan fakulti, manakala dari nutfah perempuan akan terbentuknya darah dan daging.


Peringkat kedua
ALAQAH: Peringkat pembentukan alaqah ialah pada hujung minggu pertama/hari ketujuh . Pada hari yang ketujuh telur yang sudah disenyawakan itu akan tertanam di dinding rahim (qarar makin). Selepas itu Kami mengubah nutfah menjadi alaqah.

Firman Allah yang bermaksud:
" Kemudian Kami mengubah nutfah menjadi alaqah"
al-Mukminun : 14

Kebanyakan ahli tafsir menafsirkan alaqah dengan makna segumpal darah. Ini mungkin dibuat berasaskan pandangan mata kasar. Alaqah sebenarnya suatu benda yang amat seni yang diliputi oleh darah. Selain itu alaqah mempunyai beberapa maksud :
• sesuatu yang bergantung atau melekat
• pacat atau lintah
• suatu buku atau ketulan darah
Peringkat alaqah adalah peringkat pada minggu pertama hingga minggu ketiga di dalam rahim.


Peringkat ketiga
MUDGHAH: Pembentukan mudghah dikatakan berlaku pada minggu keempat. Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14

Firman Allah yang bermaksud:
"Lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging"
al-Mukminun : 14

Diperingkat ini sudah berlaku pembentukan otak, saraf tunjang, telinga dan anggota-anggota yang lain. Selain itu sistem pernafasan bayi sudah terbentuk. Vilus yang tertanam di dalam otot-otot ibu kini mempunyai saluran darahnya sendiri. Jantung bayi pula mula berdengup. Untuk perkembangan seterusnya, darah mula mengalir dengan lebih banyak lagi ke situ bagi membekalkan oksigen dan pemakanan yang secukupnya. Menjelang tujuh minggu sistem pernafasan bayi mula berfungsi sendiri.


Peringkat keempat
IZAM DAN LAHM: Pada peringkat ini iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Apabila tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.

Firman Allah yang bermaksud :
"Lalu Kami mengubahkan pula mudghah itu menjadi izam dan kemudiannya Kami membalutkan Izam dengan daging"
al-Mukminun : 14

Kemudian pada minggu ketujuh terbentuk pula satu sistem yang kompleks. Pada tahap ini perut dan usus , seluruh saraf, otak dan tulang belakang mula terbentuk. Serentak dengan itu sistem pernafasan dan saluran pernafasan dari mulut ke hidung dan juga ke paru-paru mula kelihatan. Begitu juga dengan organ pembiakan, kalenjar, hati, buah penggang, pundi air kencing dan lain-lain terbentuk dengan lebih sempurna lagi. Kaki dan tangan juga mula tumbuh. Begitu juga mata, telinga dan mulut semakin sempurna. Pada minggu kelapan semuanya telah sempurna dan lengkap.


Peringkat kelima
NASY'AH KHALQAN AKHAR: Pada peringkat ini iaitu menjelang minggu kelapan , beberapa perubahan lagi berlaku. Perubahan pada tahap ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin.Pada bulan ketiga, semua tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud. Walaupun perubahan tetap berlaku tetapi perubahannya hanya pada ukuran bayi sahaja.


Peringkat keenam
NAFKHUR-RUH
: Iaitu peringkat peniupan roh. Para ulamak Islam menyatakan bilakah roh ditiupkan ke dalam jasad yang sedang berkembang? Mereka hanya sepakat mengatakan peniupan roh ini berlaku selepas empat puluh hari dan selepas terbentuknya organ-organ tubuh termasuklah organ seks. Nilai kehidupan mereka telah pun bermula sejak di alam rahim lagi. Ketika di alam rahim perkembangan mereka bukanlah proses perkembangan fizikal semata-mata tetapi telahpun mempunyai hubungan dengan Allah s.w.t melalui ikatan kesaksian sebagaimana yang disebutkan oleh Allah di dalam al-Quran surah al-A'raf : 172. Dengan ini entiti roh dan jasad saling bantu membantu untuk meningkatkan martabat dan kejadian insan disisi Allah s.w.t.



Firman Allah s.w.t dalam surah Yasin ayat: 82 yang bermaksud :
"(Cuba fikirkan ) adakah Tuhan yang mampu mencipta langit dan bumi itu tidak mampu menghidupkan mereka seperti rupanya yang mula? Sudah pasti. Kerana Dia adalah pencipta yang Maha Mengetahui).(KekuasaanNya adalah mutlak) sehingga kalau Dia hendak menciptakan sesuatu, jika Dia mengatakan "jadilah" nescaya benda itu terus terjadi".

Menurut wahyu insan ialah makhluk yang istimewa. Allah menciptanya dalam bentuk yang khusus melalui proses evolusinya sendiri mengikut Sunnatullah. Menurut wahyu asal kejadian manusia ialah tanah. Ini merujuk kepada kisah kejadian Adam a.s. yang dicipta oleh Allah sebagai manusia pertama di dunia.

Maaf andainya terdapat sebarang kelemahan atau kekeliruan timbul dari penerangan di atas...segala yang baik itu datangnya dari Allah dan segala yang lemah itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri.
-------------------------------------------------------------------------------------------------

Anak-anak merupakan rezeki yang dikurniakan oleh Allah buat hamba-hambaNYA.
Manusia yang baru dilahirkan ke dunia ibarat persik kain putih yang bersih dari sebarang dosa, ibu bapalah yang akan mencorakkan keperibadian anak-anak.

Hannan Humaira’
merupakan anak buahku yang pertama, insan yang membawa sinar buat pasangan Muhd Hidayat dan Khairiatul Hafizah. namun Allah lebih menyayangimu…kami rela dikau pergi kerana kasih sayang yang kami curahkan tidak pernah setanding dengan kasih sayang dari Tuhan Yang Maha Besar…semoga dirimu tergolong dalam orang yang beroleh manfaat di akhirat kelak, insyaallah. Al-Fatihah








Adi Haikal

anak buahku yang kedua, hanya beberapa bulan muda berbanding sepupunya…nakal dan lincah(mcm pak ciknya masa kecik2 dulu,hehe). Penyeri hidup pasangan Khairul Azmi dan Normazhasrina. cepat2 besar, nak ajak main futsal ni :p












Ahmad Mukhlis
adik kepada arwah Hannan Humaira’, mula nampak cam pasif tapi jangkaanku meleset sama sekali…macam tahun inflasi sifar tuh,huhu. rupanya boleh tahan jugakla budak bertuah ni ek, pak lang dengar ahmad da boleh jalan, nanti bleh aa bwk ahmad g pasar bukit besar a.k.a PBB ek? kita g beli lompat tikam :D


















Aleesya Daleela
si cilik ni adik kepada Haikal, suka sangat Upin Ipin ek aleesya?betul betul betul. walaupun anda kecik tapi bleh menyaingi abg dan sepupu anda dalam arena ‘buas’ ni ek,syabas! :D





















Kehadiranmu membawa sinar, yang menerangi kehidupan…kalian merupakan aset penting buat kedua ibubapa, dan amat dihargai oleh tok ma dan tok abah. terima kasih kerana pernah membahagiakan tok abah, ketahuilah tok abah amat menyayangi kamu semua. jadilah insan soleh yang mentaati ibubapa, dan insan yang berguna dimasa hadapan…agar dapat berbakti buat agama ISLAM yang tercinta, insyaallah

-------------------------------------------------------------------------------------------------

~kamal ghazali~ 18:00 22/01/2010