Sunrays

Blogger Template by ThemeLib.com

Sabarlah Sahabatku

Published by kamal ghazali under on 2/23/2010 09:16:00 pm



Bismillahirrahmanirrahim...

Seinfiniti kesyukuran buat rabbul 'alamin kerana diri kita masih diberi kesempatan untuk meneruskan kehidupan di dunia ini, diharapkan peluang yang diberi ini kita manfaatkan sebaik mungkin untuk sentiasa mengabdikan diri dengan beribadat kepada Allah. Semoga kita semua beroleh manfaat, insyaallah.

Baru-baru ini aku dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda salah seorang sahabatku yang menghadap Ilahi... hari ahad 7 Rabiulawal 1431. Memang terkejut, sebab secara tiba-tiba dan tidak tersangka namun itulah kuasa Allah Maha Besar... Dia boleh hidup dan matikan sesiapa sahaja pada bila-bila masa atas kehendakNya.

Buat sahabatku, bersabarlah atas ujian ini, sesungguhnya tidak akan di uji seseorang itu dengan apa yang mampu ditanggung olehnya.


Kenangan terindah

Published by kamal ghazali under on 2/04/2010 12:37:00 am


4 Februari 1958...
tarikh yang memberi makna yang besar dalam hidupku. Tarikh ini, takkan sekali-kali aku lupakan sepanjang hidup ini...tarikh ini, adalah titik permulaan bagi insan yang ku kasihi, insan yang pernah menyayangiku, mendidikku dan membimbingku menuju sinar yang begitu agung, agama yang di sampaikan melalui kekasih Allah...itulah agama Islam.

Kullu nafsin za iqatul maut...
itulah janji Allah buat hamba-hambaNya, begitu sukar untuk menerima hakikat ini bukan? Namun, berkat ilmu dan ajaran ma abah, ustaz ustazah dan orang lain...kamal boleh terima hakikat yang amat menyakitkan ni. Ujian hadir tidak lain tidak bukan adalah untuk menguji tahap keimanan dan kesabaran seseorang...jika Allah sentiasa didahulukan maka beruntunglah dia namun jika kemarahan mengatasi kesabaran maka binasalah dia.

Kalau dulu, kamal sentiasa berusaha untuk meraikan ulang tahun kelahiran abah sekadar yang termampu...sekadar hadiah diberikan, abah tidak pernah mendambakannya namun ingin kamal hadirkan memori indah dan membuatkan diri abah rasa dihargai. Kamal masih ingat tali leher yang kamal hadiahkan buat abah, warna ungu berjalur...hadiah itu kamal beli berhampiran pasaraya di seksyen 13 ini disebabkan masa tidak begitu mengizinkan, serta tiada kemudahan pengangkutan untuk dapatkan hadiah di tempat lebih baik, agak dikesali sebenarnya namun tiada kamal sangka abah begitu menghargai pemberian itu...kerapkali abah mengenakan tali leher itu bersama hampir setiap kali untuk ke pejabat. Kamal amat terharu, hadiah yang tidak seberapa namun abah amat menghargai pemberian dari anak-anak abah...alangkah indahnya keperibadian dirimu, abah.

Semua orang cakap, kamal memang berbeza dengan anak-anak abah yang lain...paling nakal dan selalu buat abah marah. Kalau difikirkan balik, memang banyak kesusahan yang kamal bawa pada abah...antara anak-anak abah yang lain, kamal rasa kamal sorang je yang pernah 'makan' ekor ikan pari kat belakang. Ekor ikan pari, hanger, tali pinggang semua dah rasa tapi tetap tak sesakit hati ini sebab dah lukakan dan mengecewakan hati abah...sangat pedih. Amat jelas, niat abah untuk buat kamal berubah dan alhamdulillah, berkat doa ma dan abah...kamal rasa jauh sangat bezanya perangai kamal sekarang dengan perangai kamal masa kecik-kecik dulu.

Sangat indah kenangan bersama, kamal sangat bersyukur sebab sepanjang abah masuk HSNZ pada tahun 2006 dan 2007...serta di IJN(2007 dan 2008), kamal berpeluang menemani abah walaupun tak banyak yang dapat kamal sumbangkan. Kamal masih ingat, setiap pagi di HSNZ...lepas solat Subuh kamal bawa abah pergi mandi...lepas mandi doktor amek darah dan lepas amek darah itu la abah akan minta kamal beli nasi lemak kat tepi parit(Panji Alam) dan akhbar, yang abah panggil 'surat royak'. Dah abes baca surat royak tersebut, abah minta kamal amek kerusi roda dan bawa abah 'makan angin' kat luar(balkoni HSNZ, menghadap pantai) sebab kamal tau abah bosan duk kat dalam. Masa itulah paling indah dirasakan sebab abah akan cerita macam-macam pasal abah dan perkara-lama...tak lupa juga, pelbagai nasihat sebagai pedoman. Kadang-kadang banyak kamal kongsi cerita dengan abah tentang study dan macam-macam hal lagi. Waktu melawat, ma akan datang bersama adik-adik yang baru balik sekolah dan time itu la kamal akan keluar selesaikan urusan sendiri(amek lesen keta dll). Sebelum kembali ke HSNZ, nasi bungkus CHILADA atau nasi bungkus+kari ikan tenggiri(ERWINA) wajib mengunjungi abah bersama. Setiap malam, badan abah akan berpeluh-peluh...sampai basah baju dan cadar hospital. Abah akan mintak kamal lap badan abah dengan kain basah sampai peluh tak keluar lagi dan abah rasa selesa...memang agak penat tapi tak setanding dengan jasa abah keluar mencari rezeki selama berpuluh-puluh tahun, serta peristiwa kereta rosak di atas Jambatan Sultan Mahmud...abah pangku kamal yang masih kecil(tengah tidur) dan berjalan balik ke rumah dari situ ke rumah di Flat Jalan Kamaruddin pada waktu tengahari. Sejujurnya, kamal pun tak tahu macam mana kamal boleh ingat peristiwa tu walaupun baru berusia lebih kurang 3 atau 4 tahun. Itulah kuasa Allah...Allahuakbar, Dia telah mengizinkan aku mengabdikan kenanganku bersama abah dan aku harap aku takkan lupakannya.

Walaupun banyak lagi kenangan yang tak dapatku rakamkan di alam maya ni, ketahuilah aku amat menyayangi arwah abahku dan aku amat bersyukur kerana pernah memiliki seorang 'abah' yang begitu hebat dan penyayang sepertinya...alhamdulillah. Kamal harap kamal akan istiqamah dalam mendoakan kesejahteraan abah di akhirat sana sehingga ke hujung nyawa...dan kamal akan sentiasa berusaha untuknya, insyaallah. Akhir kalam, buat semua sahabat dan sesiapa saja...marilah kita berusaha untuk sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu dan bapa kita kerana mereka adalah orang yang patut kita sanjungi dan patuhi selepas Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Semoga mereka memperoleh kebaikan di dunia dan di akhirat, insyaallah.




kasihmu amat ku hargai, you're forever my abah...terima kasih





~kamal ghazali~ 02.55 04/02/2010