Sunrays

Blogger Template by ThemeLib.com

Terbelenggu dengan kesibukan...moga ianya satu manfaat

Published by kamal ghazali under on 12/26/2010 02:19:00 am




Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabaratuh...entry kali ini adalah sekadar untuk berkongsi apa yang telah saya lakukan sepanjang 'menyepi' selama ini. Bukanlah projek/program mega namun hanyalah program-program biasa sahaja tetapi amat memberi kesan yang mendalam buat diri ini.

Banyak yang dapat dipelajari sepanjang mengendalikan program-program tersebut...dimana sesebuah program yang mendambakan kekuatan ukhuwah dan kesatuan hati-hati. Pelbagai dugaa dan rintangan telah ditempuhi untuk menjayakan sesebuah program namun atas berkat kesabaran dan pengorbanan...syukur semuanya berjalan lancar.

Program pertama:

Jogging with Collaboration Atheletic Club

  • program yang di adakan di perkarangan Stadium Shah Alam, Seksyen 13
  • berkolaborasi dengan Atheletic Club MSU
  • cadangan asal jogging ukhuwah ini akan diadakan 2 minggu sekali namun atas faktor yang tidak dapat dielakkan, hanya sekali program ini berjalan

Program Kedua:

PMIMSU Bowling Competition 1

  • diadakan pada 23 Julai 2010
  • alhamdulillah, program yang dijalankan di Megalane, Plaza Alam Sentral Shah Alam ini mendapat sambutan yang begitu menggalakkan
  • mendapat penyertaan dari 15 lane...=15 group (4 person/group)
  • pengurusan dalam registration agak kelam kabut,amat dikesali
  • sedikit beruntung kerana dapat meraih tempat pertama bagi kategori muslimin berkumpulan serta 3rd place for best bowler kategori muslimin

Program Ketiga:

Ta'aruf Day PMIMSU

  • berlangsung pada 8 Disember 2010
  • diberi tugas untuk mengendalikan bahagian promosi
  • banner ini dibuat dalam masa sejam, agak kelam-kabut kerana sebelah petangnya terpaksa ke majlis walimah kakak kepada lecturer
  • kehadiran agak memuaskan, alhamdulillah

Program Keempat:

Riadah: Futsal
  • dijalankan pada 11 Disember 2010 bertempat di Extreme Park, Seksyen 13
  • aktiviti yang paling ditunggu-tunggu, untuk berfutsalan bersama ahli
  • kehadiran muslimat melebihi jangkaan, agak memeranjatkan
  • amat menyeronokkan!

Program Kelima:

PMIMSU Bowling Competition 2
  • diadakan pada 20 Disember 2010
  • jumlah penyertaan menyamai PMIMSU Bowling Competition 1=15 group
  • program kali ini agak bermasalah terutamanya dengan pihak pengurusan bowling kerana kegagalan peserta hadir tepat pada waktunya
  • namun alhamdulillah tetap berjalan dengan lancar akhirnya
  • prestasi sedikit down, meraih tempat ke 2 untuk kategori muslimin berkumpulan
  • masih kekal di tempat ketiga untuk best bowler muslimin namun kali ini tiada lagi hadiah...huhu

Cadangan Program akan datang:
  1. MSU & PTPL Sports Carnival 2011
  2. Teater
Kedua-dua cadangan program ini masih di peringkat awal, proposal telah dihantar kepada Student Career Development MSU (SCD)...program pertama dianggarkan berjalan pada 15 February 2011 manakala program kedua dijangka berlangsung pada keesokan harinya, 16 February 2011.

MSU & PTPL Sports Carnival 2011 dijangka mampu menarik sebanyak 300 hingga 400 penyertaan dan akan dilangsungkan di Pusat Sukan MSU. Antara cadangan sukan yang akan dipertandingkan ialah street soccer, basketball, netball dan pingpong. Sekiranya mendapat permintaan, acara-acara seperti badminon dan lain-lain akan dipertimbangkan.

Teater dijangka mampu menarik 500 orang penonton. Dengan kehadiran orang seni MSU yang berpengalaman mencipta skrip...teater islamik ini diharap mampu memberi pendedahan kepada para pelajar tentang cara hidup yang sebenarnya sebagai seorang umat Islam juga sebagai seorang pelajar.




Diharap kedua-dua program ini mendapat kelulusan dari pihak Dato' dan menjadi program terakhir diri ini sepanjang bergiat dalam PMIMSU sebelum mengundur diri pada bulan Mac nanti, insyaallah.

Alangkah pantasnya masa berlalu, dalam tak sedar diri ini sudah berada di semester terakhir pengajian...selepas ini, tiada lagi kelas teori, praktikal pula menanti. Agak gementar sebenarnya, entah dapat entah tidak permohonan yang telah dibuat untuk berpraktikal di kampung halaman...sama-sama doakan.


Mengapa Perlu COUPLE?

Published by kamal ghazali under on 12/25/2010 08:52:00 pm



Dah lama tinggalkan blog ni...bukanlah tiada kesempatan utk update namun setiap kali ingin berbuat demikian akan datang pelbagai masalah/urusan lain yang membuatkan diri ini terpaksa menangguhkan niat buat sementara waktu dan kali ni kesempatan telah diberikan untuk kembali mencoretkan sepatah dua kata.
Syukur alhamdulillah diri ini masih dikurniakan nikmat yang besar iaitu nikmat Islam, nikmat iman dan nikmat kesihatan yang baik. Alangkah beruntungnya kita kerana ramai di luar sana yang tidak terpilih untuk memperoleh nikmat-nikmat tersebut, malahan adapun yang telah memperoleh nikmat-nikmat tersebut namun dek kerana iman yang tipis dan rapuh telah menjerumuskan diri jauh tersimpang dari ajaran Islam sehingga sanggup mendekati perkara-perkara terkutuk yang di murkai Allah s.w.t.
Sedikit terkilan setelah mengunjungi blog tuan presiden PMIMSU, http://mohasha.blogspot.com/2010/12/saya-berrtambah-yakin-bila-saya-mengaku.html yang mana mereka secara terang-terangan mengaku telah tersimpang jauh dari ajaran Islam namun tiada sekelumit kekesalan terpancar bahkan bangga dan bertambah yakin bila mengaku sebagai seorang GAY...nauzubillahi min zalik.
Ketika masih di bangku sekolah, kes-kes seperti ini jarang kedengaran namun setelah melalui zaman IPT...macam-macam kita boleh jumpa. Kalau zaman sekolah dah famous dengan cinta monyet tapi zaman IPT ni ternyata lebih dahsyat, seakan tak percaya orang yang dianggap mempunyai ilmu agama yang cukup tetap tersungkur dek penangan insan bergelar WANITA.

Dari kalangan pemimpin sesebuah persatuan Islam pun tetap tak terkecuali...ber'COUPLE', keluar dengan pasangan bukan muhrim, ber'GAYUT' telefon dengan pasangan sampai tak mengira waktu. Kononnya cinta Islamik, agar dijadikan ikutan bagi pelajar-pelajar lain. Tak sedarkah diri kita ni pemimpin? Sudah lumrah pemimpin pasti akan sentiasa diperhatikan.
Sedarlah matlamat tidak menghalalkan cara, sudah ketetapan berCOUPLE itu haram...Islamik atau tidak maka hukumnya tetap H.A.R.A.M. Sebagaimana Islam telah mengharamkan seluruh perbuatan yang dapat membawa kepada haram dengan cara-cara yang nampak, maka begitu juga halnya dengan berbuat haram dengan cara-cara yang tidak begitu jelas dan siasat Syaitan (iaitu yang tidak nampak).
Rasulullah pernah mencela orang-orang Yahudi yang membuat suatu kebijakan untuk menghalalkan perbuatan yang dilarang (haram).

Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Jangan kamu berbuat seperti perbuatan Yahudi, dan jangan kamu menganggap halal terhadap larangan-larangan Allah walaupun dengan siasat yang paling kecil".

Mengapa perlu COUPLE? Ada yang cakap mereka couple sebab inginkan perhatian dari orang yang tersayang, ada yang beralasan untuk membangkitkan semangat untuk stadi, lebih parah...ada yang bercouple hanya untuk merasakan keseronokan dunia.

Kalau anda pernah menghadiri/tengok video kuliah Ustaz Azhar Idrus atau Ustaz Kazim Elias...mereka pernah menekankan berkaitan cinta-cinta ni. Kalau dah berkenan nak jadikan calon isteri, pergi ke rumah si dia dan nyatakan hasrat pada kedua ibu bapanya. Mudah kan? Tapi ingat, pastikan diri kita dah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang suami terlebih dahulu sebelum praktikkan langkah-langkah di atas :D

Bagi yang tak pernah berpeluang mengikuti kuliah dari ustaz-ustaz hebat ni, di sini saya attach video dari Ustaz Azhar Idrus...semoga beroleh manfaat, insyaallah.